Monday 6 May 2013

Resepi Agar Agar Santan

 

RESEPI AGAR AGAR SANTAN 

Pengenalan

Resepi Agar-Agar Santan merupakan sejenis pencuci mulut dan kuih berupa gel yang diperbuat daripada lumut laut atau dikenali juga dengan nama Agar-Agar. Resepi Agar-Agar merupakan bahan bergelatin yang dihasilkan dari polysaccharide pada rumpai laut ("fucus saccharinus") ("red algae"), di mana ia terkumpul pada dinding sel agarophyte dan berfungsi sebagai penyokong struktur utama bagi dinding sel alga. Agar-Agar merupakan campuran dua komponen, iaitu linear polysaccharide agarose, dan heterogeneous campuran dua molekul lebih kecil yang dipanggil agaropectin. Dari segi istilah kimia, Agar-Agar merupakan polimer yang terdiri dari unit kecil gula galactose.

Sepanjang sejarah sehingga masa kini, Agar-Agar merupakan bahan utama sebagai pencuci mulut di seluruh Asia dan juga sebagai sustrate pepejal bagi bahan medium pertumbuhan untuk kerja mikrobiologi. Serbuk Agar-Agar juga banyak digunakan dalam pencuci mulut lain. Agar-Agar juga boleh digunakan sebagai pelawas, pengganti gelatin vegetarian, pemekat sup, pengawet buah, aiskrim, dan pencuci mulut yang lain, sebagai bahan pencerah dalam penapaian, dan pelicin kertas dan kain.

Selain daripada itu, Agar-Agar adalah gelatin tumbuhan semulajadi setara. Putih dan lutcahaya dan ia dijual dalam bungkusan dalam bentuk kepingan yang dibasuh dan kering atau dalam bentuk serbuk. Ia boleh digunakan untuk membuat jeli, pudding dan kastard. Bagi membuat jeli, ia dimasak dengan air sehingga larut. Pemanis, perisa, pewarna, buah atau sayuran kemudian ditambah dan campuran cecair itu dituang dalam acuan dan dihidangkan sebagai pencuci mulut atau sebagai aspik sayuran, atau digabungkan hidangan pencuci mulut yang lain, seperti lapisan jeli pada kek.

Agar-Agar boleh dimasak dan disediakan dengan pelbagai jenis perisa seperti gula Melaka, santan sirap rose, milo, santan, pandan, roti, pelangi, laici, jagung, cendol atau dengan puding. Agar-Agar dengan perisa gula Melaka dan santan sirap rose akan diperkenalkan sebagai contoh untuk cara menghidangkan Agar-Agar. Agar-Agar juga boleh direka bentuk dengan mengikut kreativiti masing-masing atau menggunakan acuan kegemaran yang terpilih untuk menjadi sesuatu bentuk yang unik dan cantik untuk menarik minat seseorang untuk menikmatinya.


Agar-Agar
Bahan-Bahan untuk Resepi Agar Agar Santan Gula Melaka
(Sesuai untuk 15-20 orang)
1 bungkus agar-agar tali (20 gm)
1 cawan santan pekat + 650 mL air
1 cawan gula pasir
½ cawan gula merah
1 biji telur ayam
2 titik esen Vanilla
3 pewarna makanan
2 helai daun pandan
Garam secukup rasa
1200 mL air

Cara-Cara untuk Membuat Agar-Agar Gula Melaka
1) Masakkan air dalam periuk sehingga mendidih.
2) Basuhkan agar-agar dengan teliti. Selepas itu, masukkannya ke dalam periuk tadi dengan air dan masak sehingga agar-agar betul-betul cair atau larut.
3) Masukkan gula pasir, gula merah dan daun pandan dalam periuk. Masak sehingga gula larut.
4) Tapiskan agar-agar dan masukkan kembali ke dalam periuk tadi.
5) Mendidihkan dengan api sederhana.
6) Campurkan santan pekat dengan 650 mL air, telur dan sedikit garam ke dalam mangkuk. Kacau dengan rata dan sebati.
7) Tuangkan campuran santan tersebut ke dalam periuk dan kacau selalu sehingga nampak santan seolah naik macam lumut.
8) Titikkan beberapa titis esen vanilla dalam periuk tadi.
9) Matikan api seketika sudah mendidih. Tuangkan dalam loyang atau acuan yang disukai dengan mengikut citarasa masing-masing.
10) Selang-selikan warna dalam loyang, pelbagai mangkuk kesukaan kalian sehingga sejuk.
11) Biarkan sejuk di luar sebelum masukkan dalam peti sejuk. Sejukkan dalam peti ais. Selepas itu, sedia untuk dimakan.
12) Untuk perisa dan pewarna makanan, boleh dipelbagaikan mengikut kehendak kita sendiri.


Bahan-Bahan untuk Membuat Resepi Agar Agar Santan Sirap Rose
(Sesuai untuk 15-20 orang)

 1 bungkus serbuk agar-agar (10 gm atau 11 gm)
1 liter air (4 cawan)
200 gm gula pasir (lebih kurang 1 cawan)
200-250 ml santan pekat (1 cawan)
1 biji telur ayam
Secubit garam
1-2 sudu besar sirap rose (atau beberapa titis pewarna pink dan perisa rose)
2 helai daun pandan (dibasuh dan disimpulkan)


Cara-Cara untuk Membuat Resepi Agar Agar Santan Sirap Rose
1) Masakkan 1 liter air bersama gula dan serbuk agar-agar sehingga gula larut.
2) Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur, garam dan sirap rose. Masukkan juga simpulan daun pandan ke dalam periuk tadi.
3) Kacau dan tunggu sehingga menggelegak di atas api sederhana.
4) Semasa menggelegak, biarkan seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biarkan adunan menggelegak dengan kuat sambil dikacau-kacau.
5) Masukkan sirap rose atau pewarna pink dan perisa rose ke dalam periuk.
6) Kacau adunan tersebut untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk.
7) Tutupkan api dengan segera semasa adunan santan kelihatan menjadi berbintil-bintil.
8) Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air.
9) Kemudian tuangkan adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras.
10) Biarkan sejuk di luar sebelum masukkan dalam peti sejuk. Sejukkan dalam peti ais. Selepas itu, sedia untuk dimakan.

Agar-Agar, agar atau agarosa adalah kuih yang biasanya diolah dari rumput laut atau alga. Agar-Agar sebenarnya mengandungi karbohidrat dengan molekul tinggi yang mengisi dinding sel rumput laut. Agar-Agar juga dapat dibentuk sebagai bubuk dan diperjualbelikan. Agar-agar dikenali dan disambut hangat di daerah Asia Tropika sebagai makanan sihat kerana mengandungi serat (fiber) lunak yang tinggi dan kalori yang rendah.

Di samping itu, Agar-Agar adalah sangat sesuai untuk dimakan oleh orang ramai dari semua lapisan masyarakat tidak kira umur dan jantina. Agar-Agar yang berwarna-warni dan merangkumi pelbagai jenis reka bentuk yang berbeza amat disukai dan digemari oleh kanak-kanak kecil sebab kemanisan dan keistimewaan dapat menarik perhatian mereka.

Resepi Agar Agar Santan mempunyai rasa yang segar dan dapat membuka selera seseorang semasa dijadikan sebagai pencuci mulut untuk sarapan pagi atau minum petang.